Player Radio Manis
       

Selamat Datang

Jemputlah apa yang ada yer.





sembang dengan saya

Friday, August 6, 2010

Puasa...

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari
iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.

FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Saturday, May 8, 2010

Maksud Surah Al-Fatihah yang dibaca 17 kali sehari

Terjemahan rumi Arab Sebutan
1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Ar-rahmâni r-rahîm
4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
Mâliki yawmi d-dîn
5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn

Friday, May 7, 2010

Oh Ibu....

ADA seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?

Baginda menjawab: Ibumu.

Lelaki itu kembali bertanya: Kemudian siapa?

Nabi menjawab: Ibumu.

Lelaki itu terus bertanya: Kemudian siapa?

Nabi menjawab lagi: Ibumu.

Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?

Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Islam sangat menyanjungi jasa seorang ibu. Kata-kata “kasih ibu membawa ke syurga” yang sering digunakan bagi menggambarkan kasih sayang seorang ibu, kesinambungan daripada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Syurga di bawah telapak kaki ibu.” (Riwayat Imam Ahmad)

Islam juga meletakkan taraf seorang ibu pada kedudukan yang terpuji dan tertinggi bertepatan dengan peranannya sebagai daya kuasa pembina generasi pelapis ke arah generasi gemilang, cemerlang dan terbilang. Ibu di sisi Islam mempunyai kedudukan yang istimewa sehingga meletakkan hukum bagi mereka yang menderhaka ibu-bapa di antara dosa-dosa besar setanding dengan syirik kepada Allah, membunuh diri dan penyaksian palsu.

Rasulullah s.a.w, ketika ditanya mengenai amalan yang dicintai oleh Allah, maka baginda bersabda di antaranya ialah berbakti kepada ibu bapa, selain solat pada waktunya dan berjihad di jalan Allah. Pernah baginda menyuruh salah seorang sahabat baginda agar tidak menyertai perang jihad disebabkan beliau masih mempunyai ibu bapa kerana berbakti kepada kedua-duanya adalah juga dikira sebagai jihad.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, walau jerih payahnya tanggungjawab, seorang ibu akan tetap tabah menghadapinya demi insan-insan tercinta. Kendatipun senonim dengan kata-kata “wanita itu kaum yang lemah.” Namun, selemah-lemah wanita, seorang lelaki yang gagah perkasa sekalipun tetap dilahirkan daripada rahim seorang wanita.

Seorang ibu juga sanggup mengorbankan apa sahaja demi anak-anak tercinta. Kisah Alqamah misalannya, menggambarkan betapa kasih ibu sangat mendalam sehinggakan ibunya tidak sanggup melihat anaknya menderita akan dibakar hidup-hidup walaupun telah berkecil hati kerana anaknya itu melebih-lebihkan isterinya daripada ibunya sendiri. Kerana tidak mahu melihat anaknya menderita ketika sakaratul maut, si ibu dengan rela hati memaafkan anaknya itu.

Pengorbanan seorang ibu sukar dibalas. Malah seorang wanita bergelar ibu tidak pernah meminta jasanya dibalas. Jika difikirkan sejenak, seorang ibu akan hanya dirai ketika hari lahirnya atau pada Hari Ibu yang disambut pada bulan Mei setiap tahun. Itupun jika disambut, memandangkan pada masa kini kemudahan teknologi telah mengambil alih aktiviti sosial manusia. Mungkin ucapan sahaja diberikan. Itupun melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau e-mail.

........ SELAMAT HARI IBU............HANYA TUHAN SAJA YANG MAMPU MEMBALAS JASA MU..

Thursday, April 22, 2010

FADHILAT SEDEKAH..

Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)

Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Sunday, April 18, 2010

Terima Kasih..

Terima kasih kepada yang sudi memberi kritikan..Tapi biarlah kritik secara genteleman...Aiman tak kisah..

Friday, April 16, 2010

KEKALUTAN YANG BERLAKU....

Aku mengenali kawan- kawan di laman sesawang,sudah hampir setahun kawan-kawan mengenali aku..sama la juga aku mengenali ramai kawan-kawan hasil kemajuan jalur lebar.
Sejak akhir2 ini hubungan diantara kami sudah mulai renggang,aku tidak mengetahui apakah salahku..membuatkan aku terfikir dimanakan salah silapku..
Di awal perkenalan kita orang adalah amat baik dan memang menabjukan kami berkawan macam adik beradik yang jauh dari keluarga,maklumlah kami semua berada jauh di rantau.Kami merancang untuk membuat perjumpaan,yang mana perjumpaan mata buat pertama kalinya.Perjumpaan pertama kami berlaku di Taman Tasik Permaisuri Kuala Lumpur,dekatlah dengan rumah aku.
Pada hari itu maka kenalah aku dengan kawan-kawan chating manisfm Aku,Joyub,nikweast,Aweelee,Mcna,Tuanmcahe,hafiz.Kami semua dari latar belakang yang berbeza dan berasal dari kampung yang berbeza cuma satu negeri.Bermulalah ikatan persahabatan diantara kami semua, dari mula bersembang sehingga bertukar nombor telifon.
Bermacam program yang telah kami aturkan bersama untuk mengeratkan silarturahim di antara kami.Dari Kuala Lumpur senhingga ke Kelantan kami membuat perjumpaan,beraya di rumah Joyub,yang terletak di Kampung Singai Bachok Kelantan.Kami keluar makan di Pantai Irama Bachok.Disaat itu amat indah persahabatan kami.Bagaikan adik beradik pada hati saya.
Pada hari ini sebaliknya yang berlaku.aku pun tidak faham kenapa,persahabatan kami semua bagaikan retak menanti belah.Walau apa pun aku cuba mencari jalan penyelesaian supaya hubungan kami kembali seperti dulu.Mungkin ujian tuhan pada kami semua membuatkan hubungan kami menjadi sebegini.Aku berharap di satu hari nanti persahabatan kami semua kembali utuh macam waktu dahulu diawal perkenalan kami.
Tidak tercalit perasaan di hati aku untuk memusuhi sesiapa pun niat aku adalah berkawan dengan orang yang satu bahasa dengan aku.Perkara tegur menegur dan bergurau senda tidak sedikit pun aku pendamkan semua yang baik aku jadikan pengajaran dan yang buruk dijadikan sempadan.
Sekian Semoga hidup kita di berkati tuhan.
Wassalam.